MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Isnin, November 30, 2009


Malam kelmarin syasya buat perangai,dia tak nak tidur awal.Puas dipaksa dan bermacam-macam cara hendak memujuknya supaya dia mahu tidur.Malam tu,dia tak nak tidur coz nak baca sambil conteng buku kesayangannya.Mula-mula tu,layan jugak lah perangai anak dara tu dan temankan dia baca dan conteng buku tapi lama2,saya dah tak tahan coz mata dah mengantuk giler....saya try lah pujuk dia untuk diajak tidur sama tapi dia tetap juga berdegil.Last2 dan dah habis idea nak memujuk,saya pun panggil lah abah dia yg tengah tengok tv kan luar utk pujuk dia pula.Mula2 tu,masih lagi buat perangai dan menyeksa dirinya dengan bergolek-golek atas katil tapi bila abah dia buat bunyi "ehem" je terus dia senyap dan mahu diletakkan ke dalam buaian.Ingatkan lepas masuk je dalam buaian tu dia tidur terus tapi tak juga sehinggakan tangan ini naik lenguh dibuatnya.Tengok je lah muka dia kat gambar tu masa dalam buaian,eksen2 buat tidur coz dia takut abahnya marah.Saya pun masa tengok dia buat muka mcm tu,saya tersenyum sendirian.....berfikir dalam hati.."pandai jugak anakku ini berlakon".Akhir2nya,apabila puas di'doi'kan,dia pun tertidur juga..nak tahu dia tidur pukul berapa...dia tidur pukul 1 lbh...lenguh dibuatnya.Kadang2 teruji juga kesabaran dibuatnya...:-}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan