MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Selasa, Disember 01, 2009

BALIK KAMPUNG..YAHOO!!!!!

Tak sabar rasanya nak balik kampung...Dh stahun lbh x menjengok kaum kerabat di kampung halaman ku KPG SEMERA HILIR,ASAJAYA,SARAWAK.Kami sekeluarga akan berangkat ke Sarawak pada 13.12.2009 jam 6.25pm(klu x delay lh) dgn menggunakan penerbangan Air Asia.(murah ckit...:-}).Niat di hati nak balik awal tapi disebabkan masalah suamiku yg masih berkursus maka saya batalkan sahaja hajat tersebut.Kesian pulak tengok suami saya nanti balik sorang2 coz saya akan balik dengan my princess SYASYA.Setiap kali membuat panggilan ke kampung pasti akan kedengaran suara ibuku yg kegirangan kerana terlalu gembira cucu kesayangan nya itu akan balik terus dan menetap di sana.Ini kerana saya telah dapat bertukar untuk mengajar di Sarawak dan telah ditemptkan di SK TEMIANG SIMUNJAN SARAWAK.Mula2 mendapat berita bahawa saya akan mengajar di sekolah tersebut,saya berasa sedih kerana sekolah tersebut jauh dari kampung saya dan merupakan sekolah pedalaman.Apabila difikir balik,saya rasa saya patut bersyukur kerana boleh lagi untuk balik setiap hujung minggu berbanding sekarang ni.Saya akan ceritakan rentetan perjalanan hidup saya semenjak bergelar seorang guru.Penempatan pertama saya ialah di SK SERI ALAM 2,MASAI,JOHOR.Saya mengajar di sana selama satu tahun dan tiga tahun berikutan saya mengajar di sekolah sekarang iaitu di SK BAGAN JERMAL,PULAU PINANG.Banyak kenangan pahit dan manis semasa mengajar di kedua-dua sekolah tersebut.Saya berpindah ke Pulau Pinang kerana mengikut suami yg bertugas di TUDM BUTTERWORTH.Pada tahun depan bermulalah kehidupan baru kerana mengajar di negeri sendiri dan menimpa pengalaman yg mungkin berbeza dgn kehidupn saya sekarang yang tinggal di kawasan bandar.Saya akan cuba untuk mengikut kesesuaian dan belajar cara utk hidup di kawsan pedalaman yg byk berbeza dgn kpg saya...InsyaAllah.Kegembiraan amat dirasakan apabila mengetahui keputusan untuk bertukar diluluskan dan timbul juga rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan suami keseorangan di negeri orang ini.Walau bagaimanapun,suami saya juga akan berikhtiar untuk mengikut jejak langkah saya berpindah di negeri sendiri...Doa2kan semoga suami saya akan dapat pindah juga nanti....Sebenarnya saya memohon untuk bertukar ke negeri sendiri bukan kerana suka2 tetapi semua ini adalah di atas keizinan suami dan kemahuan dia untuk saya bertukar ke Sarawak.Dia berfikiran begitu kerana dia tidak sanggup melihat saya dan anak bersendirian tatkala dia pergi berkursus atau outstation.Ini disebabkan oleh faktor keselamatan kami anak beranak dan kami juga tiada saudara mara yg terdekat menetap di Pulau Pinang untuk diajak tinggal bersama dan menjaga kami berdua sekiranya dia tiada di rumah.Alhamdullillah,berkat kesabaran dan doa kami berdua,saya pun dapat bertukar ke Sarawak.Berbalik ke cerita ibu saya tadi...selepas mendengar perkhabaran gembira daripada saya,dia dan iyan(panggilan utk bapa) sentiasa gembira dan mereka pun tak sabar menantikan kepulangan kami.Ini kerana selama ini mereka berdua hanya mendengar suara cucu mereka sahaja di dalam talian.Si Syasya tu pulak makin banyak cakap dan itulah yg menyebabkan kesabaran mereka teruji dek kerana cucu mereka yg aktif dan pandai bercakap walaupun bahasa yg diungkapkan tidak difahami.Tambahan pula,sudah hampir setahun lebih mereka tidak melihat kecomelan cucu yg sorang tu dan hanya melihat gambar melalui penghantaran mms...Panjang pulak cerita saya kali ini...Perasaan ingin balik semakin membuak-buak..Akhir kata,doakan semoga perjalanan kami untuk balik ke Sarawak berjalan dengan lancar...:-]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan