MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Ahad, Disember 06, 2009

MAGGIE GORENG STAIL SAYA...




Ini adalah maggie goreng stail saya yg biasa saya masak untuk suami saya coz dia minat sgt makan maggie goreng  ni.Maaf coz gambar kat atas tu nampak biasa dan pucat je,saya tak letak sayur.Masa buat tu,stok sayur dah habis kat rumah,guna apa yg ada...Nak resipinya...ada di bawah tapi sesiapa yg ingin mengubah resipi ini,dipersilakan....tiada paksaan

BAHAN2NYA
2 bungkus mi maggie perisa kari
1 bungkus perencah kari mi yg terdapat dalam bungkus maggie ni...dicampur dgn sedikit air
1 biji cili padi(kalau nak pedas boleh tambah lagi) dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
2 ulas bwg merah dihiris halus
1 biji telur
Segenggam ayam yg dipotong kecil2
Sedikit minyak utk menggoreng
Sedikit garam dan bahan perasa ajinamoto
Bahan2 lain yg boleh ditambah seperti udang,sayur sawi dan seumpamanya boleh dimasukkan dan mengikut selera masing2


Cara membuatnya.
Mi maggie direndam dengan air panas separuh masak sahaja coz kalau direndam sehingga masak,ia akan menjadi hancur dan lembik apabila dimasak.Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bwg merah,bwg putih dan cili padi sehingga naik bau.Selepas itu,masukkan ayam yg dipotong kecil dan kemudian tunggulah sehingga ayam masak betul2.Kemudian,masukkan perencah kari maggie yg dicampurkan dengan sedikit air tadi dan gaul sebati.Selepas itu,masukkan sedikit garam,bhn perasa dan telur.Tunggu sehingga telur separuh masak,masukkan pula mi yg telah direndam tadi dan gaul rata.Akhir sekali masukkan sayur sawi dan masak sekejap.Maka siaplah mi maggie goreng nie.Sekiranya ingin memasukkan udang,sotong atau sebagainya..bolehlah masuk ketika kita masak ayam tadi......


Sekian..selamat mencuba resepi yg simple ni......






Tiada ulasan:

Catat Ulasan