MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Isnin, November 30, 2009


Malam kelmarin syasya buat perangai,dia tak nak tidur awal.Puas dipaksa dan bermacam-macam cara hendak memujuknya supaya dia mahu tidur.Malam tu,dia tak nak tidur coz nak baca sambil conteng buku kesayangannya.Mula-mula tu,layan jugak lah perangai anak dara tu dan temankan dia baca dan conteng buku tapi lama2,saya dah tak tahan coz mata dah mengantuk giler....saya try lah pujuk dia untuk diajak tidur sama tapi dia tetap juga berdegil.Last2 dan dah habis idea nak memujuk,saya pun panggil lah abah dia yg tengah tengok tv kan luar utk pujuk dia pula.Mula2 tu,masih lagi buat perangai dan menyeksa dirinya dengan bergolek-golek atas katil tapi bila abah dia buat bunyi "ehem" je terus dia senyap dan mahu diletakkan ke dalam buaian.Ingatkan lepas masuk je dalam buaian tu dia tidur terus tapi tak juga sehinggakan tangan ini naik lenguh dibuatnya.Tengok je lah muka dia kat gambar tu masa dalam buaian,eksen2 buat tidur coz dia takut abahnya marah.Saya pun masa tengok dia buat muka mcm tu,saya tersenyum sendirian.....berfikir dalam hati.."pandai jugak anakku ini berlakon".Akhir2nya,apabila puas di'doi'kan,dia pun tertidur juga..nak tahu dia tidur pukul berapa...dia tidur pukul 1 lbh...lenguh dibuatnya.Kadang2 teruji juga kesabaran dibuatnya...:-}

Ahad, November 29, 2009

TAK ADA KEJA...ANAK JADI MANGSA


KESIAN........

Kelmarin memandangkan x da kerja,saya telah 'mengerjakan' rambut anak saya.Kesian tengok dia kerana terpaksa menjadi model rambut kepada pereka rambut yg tidak profesional iaitu saya...mamanya.Tengoklah gambar kt atas tu,itulah hasil kerja saya yg tidak seberapa...Si kecil tu pulak,walau bagaimana rupapun rambut dia dikerjakan,dia tetap nampak comel.Kalau mamanya kena potong rambut macam tu,alamatnya macam Tun Jugah lah rupanya(pahlawan swk).Saya cuma potong rambut kat depan je coz saya tak suka tengok rambutnya memcecah mata tambahan pula dia tu bukan jenis budak yg suka diikat rambut,terbiar mcm tu je.......Masa nak potong rambut tu pun,dia kena paksa juga.Abah dia lah tukang pegang kepalanya,kalau x....entah apa jadi kat rambutnya coz dia x leh duduk diam dan suka nak melarikan diri.Anyway....rambut dia nampak ok dan sesuai juga potongan rambut tu dengan bentuk mukanya...SESUAI KE?.....Pandai2 je mama dia nie......

Jumaat, November 27, 2009

BETUL KE?


Rajin yer....menulis ke menconteng tu,syasya....

Bukan saya nak beritahu bahawa anak saya ni pandai menulis tetapi sebenarnya saya nak anda perhatikan macam mana anak saya ni memegang pen tersebut.Setelah saya perhatikan dan amati rupa2nya anak saya cenderung memegang sesuatu benda dengan menggunakan tangan kiri.Saya dengar dari kata2 orang tapi tidak tahu sama ada fakta atau auta bahawa sekiranya seseorang itu cenderung membuat sesuatu kerja dengan menggunakan tangan kiri,dia adalah orang yg kreatif.Saya pun tidak tahu sejauh manakah kebenarannya....Apa yg saya faham,seseorang itu menjadi kreatif atau tidak adalah bergantung kepada didikan ibu bapa mereka.Ini kerana,sekiranya anak tersebut tidak diajar dan dididik supaya menjadi kreatif,rasa2nya anak tersebut tak akan menjadi kreatif walaupun dia cenderung menggunakan tangan kiri.Kesimpulannya,didikan daripada ibu bapa yg penting sebenarnya bukan disebabkan oleh tangan.Betul tak?....Kalau betul seseorang tersebut menjadi kreatif disebabkan oleh tangan,itu adalah anugerah dari ALLAH...Akhir bicara...Bak kata Nabil Raja Lawak...LU FIKIRLAH SENDIRI...!!!!


Inilah hasil kerja anak saya yg kreatif tu....renung2kanlah



Ini lagi satu hasil kerjanya...pening kepala coz buku tu baru je dibeli....

Rabu, November 25, 2009

SIFAT INGIN TAHU


"Mama...apa tu"

"Apa tu"....ini lah ayat yg sering anak saya gunakan untuk bertanya dan ingin mengetahui sesuatu perkara. Walaupun benda tersebut acap kali dilihat dan ditanya akan tetapi ayat "apa tu" masih lagi meniti di bibir anak saya(syasya).Sifat ingin tahu begitu mendalam di hati anak-anak yg masih kecil.Terkadang sampaikan saya tidak terjawab setiap pertanyaan "apa tu" daripadanya.Sekiranya saya tidak menjawab pertanyaan tersebut,anak saya pasti akan meninggikan sedikit suara dan berkemungkinan dia fikir kita tidak mendengar bibit pertanyaannya.Kadang2,soalan yg dia tanya..dia pulak yg jawab sendiri.Tersenyum sendirian apabila melihat telatahnya yg menjawab pertanyaannya sendiri.Ini bermakna ibu bapa harus faham dan sabar melayan karenah anak kita yg suka bertanya.Janganlah kita marah apabila mereka bertanya dan jawablah dengan baik dan jujur walaupun pertanyaan tersebut acap kali ditanya..Teringat saya akan satu iklan di televisyen setiap kali time raya...Si anak yg sering bertanya kepada ayahnya dan ayahnya sabar menjawab pertanyaan tersebut...."BURUNG APA"...."BURUNG MURAI"...

JOM BELAJAR BAHASA SARAWAK(PART 3)

Dalam kehidupan harian,bertutur adalah salah satu cara untuk kita berkomunikasi dengan orang lain. Di dunia terdapat berbagai-bagai jenis bahasa pertuturan seperti bahasa inggeris,bahasa melayu,bahasa tamil,bahasa cina,bahasa iban dan mcm2 lain. Di sini saya mengajar anda beberapa lain bahasa atau perkataan yg dituturkan oleh masyarakat melayu di Sarawak.Sesiapa yg ingin belajar boleh lah ikut...mana tahu nanti dipostingkan ke Sarawak bagi yang akan bekerja dan belajar. Beberapa lagi perkataan...

NANTIK LOK-TUNGGU SEKEJAP
TARUH - SIMPAN
BINCUT -DAHI YG BENGKAK
TIDO GIK - TIDUR LAGI
MAKEI - PAKAI
GAGO JAK - MENYIBUK JE
NGACO - MENGANGGU
KONGKONG-RANTAI LEHER
SUMPIN-SUBANG
SUPAN-MALU

BUDAK BARU BELAJAR

Saya baru mengenali PICASA 3 malam semalam. Syok juga apabila mengedit gambar menggunakan PICASA 3 tu. Mcm2 bentuk,warna dan rupa boleh kita buat tapi yg penting hendaklah kreatif dalam mengubahsuai gambar tersebut.Gambar yg biasa boleh jadi luar biasa sekiranya pandai mengedit gambar yg kita mahu.Saya baru try semalam dan Alhamdulillah boleh tahan juga hasil kerja ku ini.....Lihatlah tapi x ada lah sekreatif mana pun,yg penting usaha...chaiyok2.









OK X........:-)



Selasa, November 24, 2009

ADUHAI SAYANG...ANAK(2)

Anak diibarat kain putih......Kitalah yg akan mencorakkan dan mewarnai kain tersebut.Ini bermakna kitalah yg akan mendidik mereka dan menentukan kehidupan mereka di masa hadapan. Sekiranya elok ajaran dan didikan kita maka eloklah akhlak dan sikap mereka.Di samping itu juga,pupuklah mereka dengan aktiviti yg berfaedah agar menjadi kebiasaan apabila mereka dewasa kelak.Contonya,saya membiasakan anak saya dengan membaca buku(lihat gmbar di seblh) walaupun pada usia 1 tahun 10 bulan belum boleh membaca dan mengeja dengan betul tetapi sekiranya mereka dibiasakan dengan membaca..InsyaAllah tabiat suka membaca akan tersemat di hati mereka.Ank saya ni walaupun msh kecil tetapi daya ingatan dia sangat tajam.Diajar dalam masa setengah jam,dia boleh menghafal dan mengingati dua atau tiga gamabar yg dilihatnya di dalam buku.Bak kata pepatah...MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA...Memang seronok apabila melihat anak kita boleh membaca dan mengingati di usia yg hanya setahun jagung.Saya kasihan dan simpati melihat anak2 murid saya yg belum pandai mengeja dan membaca dengan betul walaupun sudah memasuki kelas tahun 3. Saya berdoa dan berharap agar anak saya nanti menjadi anak yg pandai dan bijak serta baik budi pekerti dn berakhlak mulia..Amin.

                            
 Tengok apa tu,sayang..baca betul-betul yer!

Ahad, November 22, 2009

PETUA...KHAS UTK ANDA


Garam Hindar Bau Mulut

Mulut berbau memang memalukan.Ia bukan saja mengganggu percakapan malah mendatangkan perasaan rendah diri. Bagi mengatasi masalah mulut berbau ini,ambil satu cawan air panas dan satu sudu teh garam. Kacau sampai sebati. Kumur dan kemudian cuci mulut menggunakan berus gigi.Amalkan selalu, pagi dan malam sebaiknya tiga kali sehari. InsyaAllah, mulut berbau akan beransur hilang.(INFO-MINGGUAN WANITA)

Elak gatal dan parut gigitan nyamuk

Kebiasaannya apabila digigit nyamuk, kulit akan terasa gatal dan apabila kesan gigitan digaru, ia akan menjadi kudis dan berparut. Bagi mengatasinya, ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian yg digigit nyamuk tadi(lebih berkesan pada gigitan yang baru). Kesan gigitan dan parut tidak akan menjadi masalah kepada kulit terutama bayi dan kanak-kanak. Selamat mencuba.(INFO-MINGGUAN WANITA)

Ikan goreng tidak hanyir

Ikan memamg sinonim dengan bau hanyirnya dan kadang kala apabila digoreng ia tidak garing. Petuanya senang sahaja,sebelum menggoreng ikan,taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian, masukkan ikan yg telah digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa dan InsyaAllah, ikan tidak akan berasa hanyir walaupun telah sejuk.(INFO-MINGGUAN WANITA)

Sabtu, November 21, 2009

JOM BELAJAR BAHASA SARAWAK(PART 2)

Sesiapa yg teringin untuk pergi ke Sarawak....jom belajar bahasanya dulu.Di sini adalah sambungan perkataan atau bahasa Sarawak yg terdahulu...diharap ia berguna kepada sesiapa yg ingin belajar utk bertutur dalam bahasa Sarawak...Ikuti sambungannya di bawah...

SIK ADA - TIADA
JUAK - JUGA
NGEGEH - MENGADA-GADA
KINEK TUK - SEKARANG
SIA - DI SANA
NUNGGAH - MEMANGGIL
CDAK - MEREKA
ENGKAH - MELETAKKAN
AMBIK - AMBIL
MADAH - BERITAHU

Jumaat, November 20, 2009

KENANGAN......



Hari ini merupakan hari terakhir aku mengajar di sekolah ini...SK BAGAN JERMAL,PULAU PINANG.Segala pengalaman pahit dan manis sepanjang aku berada di sini akan ku jadikan kenangan buat selama-lamanya. Aku akan bertukar ke negeri asal ku pada tahun hadapan iaitu negeri Sarawak. Buat semua warga SKBJ....You are the best!!!!!!!!Guru-guru di sini semuanya sporting dan banyak membantu aku. Perkara yang paling menyedihkan aku ialah terpaksa berpisah dengan semua rakan guru dan seorang AKAK yang sangat rapat denganku. Dia lah tempat aku mengadu segala masalah dan meluahkan segalanya.Yang paling best...kami ni suka bergossip dan segalanya akan kami rahsiakan bersama-sama.Akhir kata...thanks for everything!!!!!DAYANG SAYANG KAMU......:-(

Khamis, November 19, 2009

JOM BELAJAR BAHASA SARAWAK.....


HASIL KERJAKU UTK MURID SEMPENA PERSEMBAHAN PAKAIAN BERAGAM RIMUP(PAKAIAN IBAN)

Sarawak bumi kenyalang....semua org tahu kn.Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia.Terdapat pelbagai kaum yg terdapat di negeri Swk seperti melayu,iban,melanau,bidayuh,penan dan yg sewktu dengannya. Di sini,saya ini mengajar anda sedikit bahasa melayu sarawak yg sering digunakan...JOM BELAJAR

KAMEK - SAYA
SIK BOH - JANGAN
KITAK - AWAK
AUK - YA
SINUN - SANA
GURIN - BARING
SITUK - SINI
GIK - LAGI
MAUK - MAHU
NESAH - CUCI PAKAIAN
TAUK - TAHU
NGEDE - SIDAI
SIK - TIDAK
LAWA - SOMBONG

Itulah sbahagian drdp perkataan dan bahasa melayu swk.Sekiranya ingin lagi....nanti ada smbgnnya...to be countinued

Rabu, November 18, 2009

anak.............


ANAK ADALAH ANUGERAH YG TIDAK TERHINGGA DARI ALLAH.JAGALAH AMANAH INI DENGAN SEBAIKNYA TETAPI KENAPA SEKARANG RAMAI MANUSIA YG KEJAM MEMBUNUH,MEMBUANG DAN MENGHUKUM ANAK YANG TIDAK BERDOSA.SUBHANALLAH......AKU JUGA ADALAH SEORANG IBU.LIHATLAH ANAK YG COMEL INI...AMANAH YG ALLAH BERIKAN KEPADAKU....INSYAALLAH,AKAN KU JAGA DENGAN SEBAIKNYA...

Selasa, November 17, 2009

KISAH HIDUPKU SEBAGAI SEORANG GURU(PART 1)

Guru itulah pekerjaanku.Banyak onak dan durinya sepanjang aku bergelar sebagai seorang guru.Semua orang kenal guru dari kecil hinggalah dewasa. Panggilan 'cikgu' memang sinonim dengan guru.Pekerjaan ini memang banyak memerlukan kesabaran.Kesabaran menangani karenah ibu bapa dan semestinya anak didik.Guru zaman sekarang lebih banyak cabarannya dan apa yang lebih mencabar kewibawaan seorang guru adalah sikap anak didik sekarang yang semakin berani melawan guru.Aduhai.................perkara itulah yang merunsingkan aku.Anak didik zaman sekarang tidak boleh dipukul,dicubit,dijentik dan dimarah....tak pasal2 guru itu akan kena tindakan,kalau nasib tak baik kena masuk 'court,....tak pasal2 you!Sekarang ini guru lah akauntan,guru lah kerani, guru lah koreografer dan mcm2 lagi kerja yang x masuk dek akal.Kenapa begitu.....gurulah yg menguruskan yuran murid,fail murid,jadi tenaga pengajar utk tarian, nyanyian dan sebagainya...Kalau nak diceritakan mmg banyak lagi kerja guru.Kesimpulannya...guru lah segalanya.Guru umpama lilin.......'BIARKU MENJADI LILIN,MEMBERIKAN CAHAYA'...............renung2kanlah