MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Jumaat, November 27, 2009

BETUL KE?


Rajin yer....menulis ke menconteng tu,syasya....

Bukan saya nak beritahu bahawa anak saya ni pandai menulis tetapi sebenarnya saya nak anda perhatikan macam mana anak saya ni memegang pen tersebut.Setelah saya perhatikan dan amati rupa2nya anak saya cenderung memegang sesuatu benda dengan menggunakan tangan kiri.Saya dengar dari kata2 orang tapi tidak tahu sama ada fakta atau auta bahawa sekiranya seseorang itu cenderung membuat sesuatu kerja dengan menggunakan tangan kiri,dia adalah orang yg kreatif.Saya pun tidak tahu sejauh manakah kebenarannya....Apa yg saya faham,seseorang itu menjadi kreatif atau tidak adalah bergantung kepada didikan ibu bapa mereka.Ini kerana,sekiranya anak tersebut tidak diajar dan dididik supaya menjadi kreatif,rasa2nya anak tersebut tak akan menjadi kreatif walaupun dia cenderung menggunakan tangan kiri.Kesimpulannya,didikan daripada ibu bapa yg penting sebenarnya bukan disebabkan oleh tangan.Betul tak?....Kalau betul seseorang tersebut menjadi kreatif disebabkan oleh tangan,itu adalah anugerah dari ALLAH...Akhir bicara...Bak kata Nabil Raja Lawak...LU FIKIRLAH SENDIRI...!!!!


Inilah hasil kerja anak saya yg kreatif tu....renung2kanlah



Ini lagi satu hasil kerjanya...pening kepala coz buku tu baru je dibeli....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan