MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Ahad, November 22, 2009

PETUA...KHAS UTK ANDA


Garam Hindar Bau Mulut

Mulut berbau memang memalukan.Ia bukan saja mengganggu percakapan malah mendatangkan perasaan rendah diri. Bagi mengatasi masalah mulut berbau ini,ambil satu cawan air panas dan satu sudu teh garam. Kacau sampai sebati. Kumur dan kemudian cuci mulut menggunakan berus gigi.Amalkan selalu, pagi dan malam sebaiknya tiga kali sehari. InsyaAllah, mulut berbau akan beransur hilang.(INFO-MINGGUAN WANITA)

Elak gatal dan parut gigitan nyamuk

Kebiasaannya apabila digigit nyamuk, kulit akan terasa gatal dan apabila kesan gigitan digaru, ia akan menjadi kudis dan berparut. Bagi mengatasinya, ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian yg digigit nyamuk tadi(lebih berkesan pada gigitan yang baru). Kesan gigitan dan parut tidak akan menjadi masalah kepada kulit terutama bayi dan kanak-kanak. Selamat mencuba.(INFO-MINGGUAN WANITA)

Ikan goreng tidak hanyir

Ikan memamg sinonim dengan bau hanyirnya dan kadang kala apabila digoreng ia tidak garing. Petuanya senang sahaja,sebelum menggoreng ikan,taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian, masukkan ikan yg telah digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa dan InsyaAllah, ikan tidak akan berasa hanyir walaupun telah sejuk.(INFO-MINGGUAN WANITA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan