MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Selasa, November 24, 2009

ADUHAI SAYANG...ANAK(2)

Anak diibarat kain putih......Kitalah yg akan mencorakkan dan mewarnai kain tersebut.Ini bermakna kitalah yg akan mendidik mereka dan menentukan kehidupan mereka di masa hadapan. Sekiranya elok ajaran dan didikan kita maka eloklah akhlak dan sikap mereka.Di samping itu juga,pupuklah mereka dengan aktiviti yg berfaedah agar menjadi kebiasaan apabila mereka dewasa kelak.Contonya,saya membiasakan anak saya dengan membaca buku(lihat gmbar di seblh) walaupun pada usia 1 tahun 10 bulan belum boleh membaca dan mengeja dengan betul tetapi sekiranya mereka dibiasakan dengan membaca..InsyaAllah tabiat suka membaca akan tersemat di hati mereka.Ank saya ni walaupun msh kecil tetapi daya ingatan dia sangat tajam.Diajar dalam masa setengah jam,dia boleh menghafal dan mengingati dua atau tiga gamabar yg dilihatnya di dalam buku.Bak kata pepatah...MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA...Memang seronok apabila melihat anak kita boleh membaca dan mengingati di usia yg hanya setahun jagung.Saya kasihan dan simpati melihat anak2 murid saya yg belum pandai mengeja dan membaca dengan betul walaupun sudah memasuki kelas tahun 3. Saya berdoa dan berharap agar anak saya nanti menjadi anak yg pandai dan bijak serta baik budi pekerti dn berakhlak mulia..Amin.

                            
 Tengok apa tu,sayang..baca betul-betul yer!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan