MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Ahad, Disember 06, 2009

BAHAN BACAAN YG BAIK......


Saya amat tertarik dengan buku ini kerana ia mengandungi beberapa soalan yg remeh-temeh mengenai isu semasa dan dijawab oleh tenaga profesional iaitu USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD dan USTAZ MUHAMMAD NIZAM ABDUL KADIR.Sesuai dengan tajuk buku ini,banyak ISU SEMASA dewasa ini yg tidak difahami oleh masyarakat umum kerana sering dianggap perkara remeh.Sedangkan isu ini melibatkan hukum hakam syariat.Di sini saya akan kemukakan beberapa soalan yg  terdapat dalam buku ini dan menarik perhatian saya...

SOALAN 1
-Di sekolah bahkan di kampung ada permainan yg dinamakan "main kutu".Adakah ini dikira judi juga?


JAWAPAN 1
-Main kutu adalah kaedah sosial masyarakat bagi mengumpul duit.Katakan ada sepuluh orang dan setiap seorang mengeluarkan RM100.Setiap bulan diadakan cabutan undi.Kalau nasib baik, dia akan mendapat RM1000 pada bulan tersebut. Adakah ia juga judi?.Main kutu tidaklah termasuk dalam judi.Semua orang akan mendapat hasilnya tidak lama kemudian.Di situ semuanya untung,bukan rugi.Cuma masa belum tiba lagi.


SOALAN 2
-Saya selalu diingatkan jangan bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram.Ada pula yang kata yang bukan muhrim.Saya confuse apa maksud istilah2 mahram dan muhrim ini?


JAWAPAN 2
-"Mahram" sebenarnya bukan "muhrim"."Muhrim" adalah orang yg berihram haji."Mahram" barulah betul.Cuma masyarakat Melayu sudah biasa menyebut perkataan muhrim."Mahram" adalah orang yg haram dikahwini kerana sebab2 tertentu.Contonhya hubungan nasab atau hubungan darah.Begitu juga kerana sebab susuan dan persemendaan


SOALAN 3
-Ada yg kata bahawa gambar fotografi pun haran juga sama macam patung.Kalau macam tu,ramailah umat Islam yg terlibat dengan dosa ini?


JAWAPAN 3
-Itu kata setengah orang.Walau bagaimanapun,ini ada perbezaan pendapat para ulama.Ada ulama yg menganggap bahawa gambar fotografi sama hukumnya dengan patung.Namun rasanya majoriti para ulama tidak menganggap begitu.Bahkan hukumnya adalah harus.Ada gambar ketika sekolah,ketika berkelah dan sebagainya.Yg penting gambar itu mestilah selari dengan akhlak Islam.Kalau gambar bogel,lucah dan yg sewaktu dengannya sudah pasti ia haram.


SOALAN 4
-Selama ini apa yg kita tahu kalau dikatakan emas maka itulah sejenis emas yg haram lelaki memakainya tetapi sekarang ada emas yg dipanggil emas putih.Bolehkah lelaki memakainya?


JAWAPAN 4
-Emas yg disepakati haramnya ialah emas putih.Adapun emas putih,ada perbezaan pendapat ulama.Ada yg kata haram kerana dikatakan ada juga campuran emas walapun sedikit.Nama pun emas juga.Ada yg kata harus kerana ia berdasarkan platinum.Walaupun namanya emas tetapi hanya pada nama sahaja.Kalau hendak pakai emas putih tidaklah menjadi kesalahan kerana ia perkara yg dikhilafkan oleh para ulama.


SOALAN 5
- Masa cuti haid ini kira lama juga.Rugilah kaum wanita kerana tidak dapat beribadat.Apakah ibadat yg boleh dibuat oleh wanita yg sedang uzur?


JAWAPAN 5
-Antara ibadat yg boleh dilakukan oleh wanita yg uzur syarie ialah:
 1.zikir
2.mengucap lafaz tasbih iaitu SUBHANALLAH
3.mengucap lafaz tahmid iaitu ALHAMDULILLAH
4.mengucap lafaz takbir iaitu ALLAHU AKBAR
5.mengucap basmalah iaitu BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
6.mengucap lafaz tahlil iaitu LAILLAHALILALLAH
7.membaca buku agama
8.membaca hadis Nabi s.a.w
9.mendengar bacaan Quran
10.berdoa
11.menghadiri majlis agama dan sebagainya.


Itulah antara soalan2 yg terdapat di dalam buku ini.Sekiranya ini mengetahui soalan yg lebih banyak mengenai isu semasa lagi,boleh lah anda membelinya di kedai2 buku berdekatan dengan harga yg sangat murah iaitu RM16.90(S.Msia) dan RM18.90(Sabah dan Sarawak).Buku ini ialah terbitan TELAGA BIRU...Dapatkan sekarang di pasaran kerana buku ini baru bulan lepas saya beli......:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan