MY GUESTBOOK..SUDI2KANLAH SIGN IN....:-) UTK MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA

Jumaat, Disember 11, 2009

JOM BELAJAR PHOTOFUNIA

Hari ini saya buat satu lagi kerja yg bukan-bukan tapi menghasilkan kerja yang menakjubkan.Ini kerana,saya telah belajar satu lagi cara untuk mengubah gambar biasa menjadi luar biasa..Saja je nak buat coz x ada kerja lain yg nak dibuat,cuti katakan.Sesiapa yg ingin mengubah gambar mereka tu,bolehlah melayari laman web http://photofunia.com.Selamat mencuba..tetapi sebelum mencuba pastikan gambar tidak terlalu besar dan seelok-eloknya,gunakan gambar yg diambil menggunakan handphone anda..Di bawah adalah hasilnya......





















Saya berharap agar anda mencubanya dan berseronoklah dengan mengubah gambar anda.Tidak salah rasanya kita belajar sesuatu yang baru selagi tidak melanggar hukum-hakam Allah.Menuntut ilmu kan amat digalakkan dalam Islam..........................

Rabu, Disember 09, 2009

DOA UTK SUAMI.....

WAHAI PARA ISTERI...SAMA2 LAH KITA BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN DIRI DAN SUAMI KITA...SEMOGA DITERIMA OLEH-NYA

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai

isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

MUKJIZAT DI SEBALIK BISMILLAH



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Wallahualam

WAKTU-WAKTU DOA MUSTAJAB

Saya dapat artikel ini dari keratan khabar...untuk kebaikan bersama

  • Di tengah malam @ sepertiga mlm yg akhir.
  • Slps solat fardhu
  • Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk.
  • Ketika dlm peperangan dan darurat.
  • Ketika sujud
  • Ketika dizalimi orang.
  • Ketika musafir.
  • Bapa mendoakan kebaikan anak.
  • Ketika wukuf di Padang Arafah.                       
  • Selps solat Subuh sblm terbit matahari.
  • Slps solat Asar.
  • Ketika mahu berbuka puasa.
  • Ketika sakit.
  • Doa pada mlm Lailatulqadar.
  • Doa pada malam Jumaat.
  • Doa dlm Masjidil Haram.
  • Berdoa dalam Masjid Nabawi(terutama di Raudhah)
  • Berdoa di Masjid Al-Aqsa,Baitulmaqdis.
  • Apabila khatam membaca al-Quran
  • Doa raja yg adil.
  • Doa anak yg taat kpd ibu bapa.
  • Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Berdoa dekat Multazam(antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
  • Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram.
  • Berdoa di Hijr Ismail.
  • Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah.

Selasa, Disember 08, 2009

PENGGUNAAN ELEKTRIK

Saya dapat info ini dari laman blog my-sensasi

Electrical Knowledge: Did You Know ??

Hi everyone!

Do you know what contributes to your monthly electricity bill?

For those in Semenanjung Malaysia, TNB’s tariff is approximately 30 sen to 45 sen per kilowatt-hour (kWh), depending on your usage.
The more you use, the more expensive the rates!

Below is a short table of common electrical appliances, and a rough estimate on how much they cost to run for every hour.
(The cost may seem low, but remember, even using 3 sen/hour means that you will be paying about RM 20 a month if you leave it on for 24 hours a day!)

Isnin, Disember 07, 2009

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.

Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan
dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

…….

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
* Apabila manusia telah mengubah tabiat,
* Ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la
   minyak gamat.
* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
* Semua nak tunjuk kuat.
* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
* Tapi hidup pula yang melarat.
* Tali kasut dah tak berikat.
* Rambut pun jarang sikat.
* Yang perempuan, pakai mini sekerat.
* Suka pakai baju ketat.
* Suka sangat menunjukkan pusat.
* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
* Pakai pulak yang singkat-singkat.
* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.
* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
* Duduk jauh berkirim surat.
* Bila berjumpa, tangan berjabat.
* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
* Usah peduli agama dan adat.
* Usah takut Allah dan malaikat.
* Yang penting apa kita nak buat?
* Kita ‘bukti’ lah kita buat.
* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula
   anak-anak yang tak cukup sifat.
* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi
   dibuang di merata tempat.
* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
* Habis manusia telah tersesat.
* Inilah dia fenomena masyarakat.
* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
* Marilah kita pakat mengingat,
* Bahawa dunia hari ini makin singkat,
* Esok atau lusa mungkin kiamat,
* Sampai masa kita semua akan berangkat! .
* Berangkat menuju ke negeri akhirat.
* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
* Masa tu,sendiri mau ingat.
* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

SAJA UNTUK INGAT-MENGINGAT.......

Ahad, Disember 06, 2009

MUHASABAH DIRI..RENUNG2KAN

#Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:


* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan
   dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan
   dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim
   dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat
   kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”

MAGGIE GORENG STAIL SAYA...




Ini adalah maggie goreng stail saya yg biasa saya masak untuk suami saya coz dia minat sgt makan maggie goreng  ni.Maaf coz gambar kat atas tu nampak biasa dan pucat je,saya tak letak sayur.Masa buat tu,stok sayur dah habis kat rumah,guna apa yg ada...Nak resipinya...ada di bawah tapi sesiapa yg ingin mengubah resipi ini,dipersilakan....tiada paksaan

BAHAN2NYA
2 bungkus mi maggie perisa kari
1 bungkus perencah kari mi yg terdapat dalam bungkus maggie ni...dicampur dgn sedikit air
1 biji cili padi(kalau nak pedas boleh tambah lagi) dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
2 ulas bwg merah dihiris halus
1 biji telur
Segenggam ayam yg dipotong kecil2
Sedikit minyak utk menggoreng
Sedikit garam dan bahan perasa ajinamoto
Bahan2 lain yg boleh ditambah seperti udang,sayur sawi dan seumpamanya boleh dimasukkan dan mengikut selera masing2


Cara membuatnya.
Mi maggie direndam dengan air panas separuh masak sahaja coz kalau direndam sehingga masak,ia akan menjadi hancur dan lembik apabila dimasak.Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bwg merah,bwg putih dan cili padi sehingga naik bau.Selepas itu,masukkan ayam yg dipotong kecil dan kemudian tunggulah sehingga ayam masak betul2.Kemudian,masukkan perencah kari maggie yg dicampurkan dengan sedikit air tadi dan gaul sebati.Selepas itu,masukkan sedikit garam,bhn perasa dan telur.Tunggu sehingga telur separuh masak,masukkan pula mi yg telah direndam tadi dan gaul rata.Akhir sekali masukkan sayur sawi dan masak sekejap.Maka siaplah mi maggie goreng nie.Sekiranya ingin memasukkan udang,sotong atau sebagainya..bolehlah masuk ketika kita masak ayam tadi......


Sekian..selamat mencuba resepi yg simple ni......






BAHAN BACAAN YG BAIK......


Saya amat tertarik dengan buku ini kerana ia mengandungi beberapa soalan yg remeh-temeh mengenai isu semasa dan dijawab oleh tenaga profesional iaitu USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD dan USTAZ MUHAMMAD NIZAM ABDUL KADIR.Sesuai dengan tajuk buku ini,banyak ISU SEMASA dewasa ini yg tidak difahami oleh masyarakat umum kerana sering dianggap perkara remeh.Sedangkan isu ini melibatkan hukum hakam syariat.Di sini saya akan kemukakan beberapa soalan yg  terdapat dalam buku ini dan menarik perhatian saya...

SOALAN 1
-Di sekolah bahkan di kampung ada permainan yg dinamakan "main kutu".Adakah ini dikira judi juga?


JAWAPAN 1
-Main kutu adalah kaedah sosial masyarakat bagi mengumpul duit.Katakan ada sepuluh orang dan setiap seorang mengeluarkan RM100.Setiap bulan diadakan cabutan undi.Kalau nasib baik, dia akan mendapat RM1000 pada bulan tersebut. Adakah ia juga judi?.Main kutu tidaklah termasuk dalam judi.Semua orang akan mendapat hasilnya tidak lama kemudian.Di situ semuanya untung,bukan rugi.Cuma masa belum tiba lagi.


SOALAN 2
-Saya selalu diingatkan jangan bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram.Ada pula yang kata yang bukan muhrim.Saya confuse apa maksud istilah2 mahram dan muhrim ini?


JAWAPAN 2
-"Mahram" sebenarnya bukan "muhrim"."Muhrim" adalah orang yg berihram haji."Mahram" barulah betul.Cuma masyarakat Melayu sudah biasa menyebut perkataan muhrim."Mahram" adalah orang yg haram dikahwini kerana sebab2 tertentu.Contonhya hubungan nasab atau hubungan darah.Begitu juga kerana sebab susuan dan persemendaan


SOALAN 3
-Ada yg kata bahawa gambar fotografi pun haran juga sama macam patung.Kalau macam tu,ramailah umat Islam yg terlibat dengan dosa ini?


JAWAPAN 3
-Itu kata setengah orang.Walau bagaimanapun,ini ada perbezaan pendapat para ulama.Ada ulama yg menganggap bahawa gambar fotografi sama hukumnya dengan patung.Namun rasanya majoriti para ulama tidak menganggap begitu.Bahkan hukumnya adalah harus.Ada gambar ketika sekolah,ketika berkelah dan sebagainya.Yg penting gambar itu mestilah selari dengan akhlak Islam.Kalau gambar bogel,lucah dan yg sewaktu dengannya sudah pasti ia haram.


SOALAN 4
-Selama ini apa yg kita tahu kalau dikatakan emas maka itulah sejenis emas yg haram lelaki memakainya tetapi sekarang ada emas yg dipanggil emas putih.Bolehkah lelaki memakainya?


JAWAPAN 4
-Emas yg disepakati haramnya ialah emas putih.Adapun emas putih,ada perbezaan pendapat ulama.Ada yg kata haram kerana dikatakan ada juga campuran emas walapun sedikit.Nama pun emas juga.Ada yg kata harus kerana ia berdasarkan platinum.Walaupun namanya emas tetapi hanya pada nama sahaja.Kalau hendak pakai emas putih tidaklah menjadi kesalahan kerana ia perkara yg dikhilafkan oleh para ulama.


SOALAN 5
- Masa cuti haid ini kira lama juga.Rugilah kaum wanita kerana tidak dapat beribadat.Apakah ibadat yg boleh dibuat oleh wanita yg sedang uzur?


JAWAPAN 5
-Antara ibadat yg boleh dilakukan oleh wanita yg uzur syarie ialah:
 1.zikir
2.mengucap lafaz tasbih iaitu SUBHANALLAH
3.mengucap lafaz tahmid iaitu ALHAMDULILLAH
4.mengucap lafaz takbir iaitu ALLAHU AKBAR
5.mengucap basmalah iaitu BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
6.mengucap lafaz tahlil iaitu LAILLAHALILALLAH
7.membaca buku agama
8.membaca hadis Nabi s.a.w
9.mendengar bacaan Quran
10.berdoa
11.menghadiri majlis agama dan sebagainya.


Itulah antara soalan2 yg terdapat di dalam buku ini.Sekiranya ini mengetahui soalan yg lebih banyak mengenai isu semasa lagi,boleh lah anda membelinya di kedai2 buku berdekatan dengan harga yg sangat murah iaitu RM16.90(S.Msia) dan RM18.90(Sabah dan Sarawak).Buku ini ialah terbitan TELAGA BIRU...Dapatkan sekarang di pasaran kerana buku ini baru bulan lepas saya beli......:-)

Khamis, Disember 03, 2009

CUBA TEKA?????

Malam kelmarin,saya menjadi hairan bin ajaib apabila anak saya dok belek2 langsir kt depan pintu bilik tidur..Saya pun intai sekali lah.....tengok pun tengok..rupa2nya ada satu benda yg bermain-main kt langsir tu..patutlah anak saya tu seronok dok belek2 langsir tersebut...Ini gambarnya dan cuba teka...apakah bendanya?

Nak tahu siapa saya...follow line di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hai semua...sayalah yg dimaksudkan tu..lipas yg suka langsir..green gitu!!!!!

Saja je nak bagi surprise ckit..rasa2nya anda x surprise kot.He3.......teka teki teka tekuk..............................

Selasa, Disember 01, 2009

PETUA LAGI.......

MADU LEBAH SEMBUHKAN BISUL
Terkena bisul mmg terasa menyeksakan.Bagi mengubatinya,ambil sedkt kapur dan campurkan bersama madu lebah.Gaul sebati.Sapu bancuhan tersebut pada bisul.InsyaAllah.bisul cepat sembuh.(INFO-MINGGUAN WANITA)

MENANGGALKAN KESAN MINYAK PADA PAKAIAN
Cara mudah utk menghilangkan kesan minyak pd pakaian ialah dgn menyapukan mentega kpd bahagian tersebut.Kemudian,gosokkan dgn sabun dan basuh menggunakan air.(INFO-MINGGUAN WANITA)

PENAWAR SAKIT KEPALA
Untuk menghilangkan sakit kepala,ambil sedikit asam jawa dan sedikit santan kelapa.Lumurkan kedua-duanya di kepala dan biarkan sehingga ia kering.Kemudian,barulah dibilas dengan air yg bersih.(INFO-MINGGUAN WANITA)

JOM BACA NOVEL


Labah2 tu sekadar 'effect'..x ada kena-mengena dengan buku pun

Ini adalah novel yg telah saya beli 2 thn yg lepas..dh lama dh.Hari tu,saja je nak selongkar barang dan terjumpa kembali buku ini..teringin nak baca balik tapi x terbaca-baca lagi.Sekarang ni kn tengah cuti jadi saya luangkan sedikit masa utk membaca kembali buku ini...nak refresh balik lh kononnya..Bagi sesiapa yg teringin hendak membelinya,cari lah di kedai buku berhampiran ataupun di kedai buku POPULAR,itu pun kalau ada lagi lh...Novel ini ada unsur cinta,seram dan suspen.Ikutilah sinopsisnya di bawah.

Novel ini menceritakan seorang gadis luar biasa yg bernama Asmira yg mempunyai kemampuan di luar jangkauan manusia.Dia mewarisi darah kacukan daripada ibunya,seorang pontianak yg telah bertukar menjadi manusia selepas dipaku kepalanya.Disebabkan kelebihan ini,dia telah ditimpa berbagai-bagai tragedi sehingga dia merahsiakan hakikat kejadiannya daripada org ramai termasuk kwn2 yg rapat dengannya.Dia menjadi mangsa buruan org2 yg mengetahui ttg hakikat kejadian ibunya.Bbekalkan keistimewaan ini,dia cuba mlindungi dirinya dan kwn2nya drpd kekejaman manusia yg ingin mggantikan nyawanya dgn dendam mrk thdp ibunya.Dsbbkan sifat kejam manusia ini,dia merahsiakan ttg dirinya dan berasa amt rendah diri shgg khidupannya terasa sunyi dan sepi.Oleh krn prsn rendah dirinya thdp dirinya sendiri,dia tdk dpt menerima cinta mana2 lelaki yg menginginkannya sbg permaisuri hidup mereka.Walau bagaimanapn,kehadiran ASP Farid tlh berjaya mbuka hatinya utk mengambil seorang teman hidup demi mgharungi khidupannya yg penuh mncabar.Masihkah dia myembunyikan ttg hakikat dirinya drpd pengetahuan ASP Farid atau dptkah dia mjadi dirinya yg sebenar?Adakah seorang manusia yg memiliki drh pontianak layak bercinta dgn seorang manusia biasa?.......................................

Sesiapa yg ingin membaca kesudahannya..dptkanlh buku ini segera.Bukan nak promosi tetapi sekadar memberitahu.....

RAMBUT ANAKKU YG TELAH DI'ADJUST' BALIK

hARI tu tengok rambut anak saya mcm tak balance je,jadi saya pun ambil gunting dan sikat,terus saya 'kerja'kan kembali rambut anak saya tu.Di bawah ini adalah hasil terbaru saya...ckit je prubahan tu........


gambar jarak dekat



gambar jarak jauh

NAK DIET?...skadar coretan....

NAK DIET?
MEMANG ITU HAJAT DI HATI
SAMPAI SEKARANG TAK JADI-JADI

NAK DIET?
MAKAN SETINGGI GUNUNG
MINUM MAKIN MENDORONG

NAK DIET?
KFC,MCDONALD...fuyooo SEDAPNYA
TERLIUR HINGGA TAK TERKATA
NAK DIET,BELAKANG KIRA

NAK DIET?
TABIAT MAKAN TAK LEH NAK BUANG
NAFSU SERING MENGUNDANG
BADAN SEMAKIN BERKEMBANG

NAK DIET?
TENGOK CERMIN GELENG KEPALA
MULA TERFIKIR NAK DIET PULA
TAPI MAKAN MACAM BIASA
JOGGING TAK PERNAH MERASA

NAK DIET?
INSYAALLAH AZAM TAHUN DEPAN
TAK TAHU BOLEH KE TAHAN
NAFSU MAKAN TAK PERNAH MENGHALANG

NAK DIET?
SUSAH GILER......
NAK GEMUK?
SENANG SAJA.....

APA YANG PENTING?
NAK DIET?
USAHA.....!!!!!!!!!!!!!!!

BALIK KAMPUNG..YAHOO!!!!!

Tak sabar rasanya nak balik kampung...Dh stahun lbh x menjengok kaum kerabat di kampung halaman ku KPG SEMERA HILIR,ASAJAYA,SARAWAK.Kami sekeluarga akan berangkat ke Sarawak pada 13.12.2009 jam 6.25pm(klu x delay lh) dgn menggunakan penerbangan Air Asia.(murah ckit...:-}).Niat di hati nak balik awal tapi disebabkan masalah suamiku yg masih berkursus maka saya batalkan sahaja hajat tersebut.Kesian pulak tengok suami saya nanti balik sorang2 coz saya akan balik dengan my princess SYASYA.Setiap kali membuat panggilan ke kampung pasti akan kedengaran suara ibuku yg kegirangan kerana terlalu gembira cucu kesayangan nya itu akan balik terus dan menetap di sana.Ini kerana saya telah dapat bertukar untuk mengajar di Sarawak dan telah ditemptkan di SK TEMIANG SIMUNJAN SARAWAK.Mula2 mendapat berita bahawa saya akan mengajar di sekolah tersebut,saya berasa sedih kerana sekolah tersebut jauh dari kampung saya dan merupakan sekolah pedalaman.Apabila difikir balik,saya rasa saya patut bersyukur kerana boleh lagi untuk balik setiap hujung minggu berbanding sekarang ni.Saya akan ceritakan rentetan perjalanan hidup saya semenjak bergelar seorang guru.Penempatan pertama saya ialah di SK SERI ALAM 2,MASAI,JOHOR.Saya mengajar di sana selama satu tahun dan tiga tahun berikutan saya mengajar di sekolah sekarang iaitu di SK BAGAN JERMAL,PULAU PINANG.Banyak kenangan pahit dan manis semasa mengajar di kedua-dua sekolah tersebut.Saya berpindah ke Pulau Pinang kerana mengikut suami yg bertugas di TUDM BUTTERWORTH.Pada tahun depan bermulalah kehidupan baru kerana mengajar di negeri sendiri dan menimpa pengalaman yg mungkin berbeza dgn kehidupn saya sekarang yang tinggal di kawasan bandar.Saya akan cuba untuk mengikut kesesuaian dan belajar cara utk hidup di kawsan pedalaman yg byk berbeza dgn kpg saya...InsyaAllah.Kegembiraan amat dirasakan apabila mengetahui keputusan untuk bertukar diluluskan dan timbul juga rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan suami keseorangan di negeri orang ini.Walau bagaimanapun,suami saya juga akan berikhtiar untuk mengikut jejak langkah saya berpindah di negeri sendiri...Doa2kan semoga suami saya akan dapat pindah juga nanti....Sebenarnya saya memohon untuk bertukar ke negeri sendiri bukan kerana suka2 tetapi semua ini adalah di atas keizinan suami dan kemahuan dia untuk saya bertukar ke Sarawak.Dia berfikiran begitu kerana dia tidak sanggup melihat saya dan anak bersendirian tatkala dia pergi berkursus atau outstation.Ini disebabkan oleh faktor keselamatan kami anak beranak dan kami juga tiada saudara mara yg terdekat menetap di Pulau Pinang untuk diajak tinggal bersama dan menjaga kami berdua sekiranya dia tiada di rumah.Alhamdullillah,berkat kesabaran dan doa kami berdua,saya pun dapat bertukar ke Sarawak.Berbalik ke cerita ibu saya tadi...selepas mendengar perkhabaran gembira daripada saya,dia dan iyan(panggilan utk bapa) sentiasa gembira dan mereka pun tak sabar menantikan kepulangan kami.Ini kerana selama ini mereka berdua hanya mendengar suara cucu mereka sahaja di dalam talian.Si Syasya tu pulak makin banyak cakap dan itulah yg menyebabkan kesabaran mereka teruji dek kerana cucu mereka yg aktif dan pandai bercakap walaupun bahasa yg diungkapkan tidak difahami.Tambahan pula,sudah hampir setahun lebih mereka tidak melihat kecomelan cucu yg sorang tu dan hanya melihat gambar melalui penghantaran mms...Panjang pulak cerita saya kali ini...Perasaan ingin balik semakin membuak-buak..Akhir kata,doakan semoga perjalanan kami untuk balik ke Sarawak berjalan dengan lancar...:-]